Monday, October 3, 2011

Dinar Emas: Ringkasan sistem wang kertas dan riba.

Berkisar mengenai matawang. Tidak boleh dinafikan bahawa Dinar dan Dirham adalah bentuk matawang yang paling sesuai. Jika diuruskan dengan betul, ianya bebas dari unsur riba / usury.

Berlainan dengan matawang kertas yang kita gunakan sekarang. Yang mana mengandungi riba dan juga kadar turun naik nilainya ditentukan oleh kumpulan-kumpulan elit yang menguasai bank-bank pusat di hampir seluruh dunia, termasuklah di negara kita Malaysia (Bank Negara Malaysia). Masihkah kita teringat apabila Iraq telah digempur oleh US dan Britain dan Saddam hilang kuasa? Wang kertas Saddam bertaburan tanpa nilai. Itulah sebenarnya harga kertas bernombor yang kita gunakan sehari-hari.

Secara ringkasnya, matawang kertas dahulunya dinilaikan dengan jongkong emas yang disimpan di dalam bank. Tetapi, bank-bank pusat, dengan ketamakan mereka untuk membolot ekonomi, telah memperkenalkan sistem Fractional Reserve Banking yang mana pihak bank boleh mencetak wang 10 (sepuluh) kali ganda nilai yang ada dalam simpanan mereka. Dengan contoh: Bank mempunyai simpanan sebanyak 1 juta, Bank akan mencetak 10 juta dari atas angin dan menyebarkannya untuk kegunaan kerajaan dan orang ramai dalam bentuk pinjaman supaya Bank akan menerima jumlah yang dipinjamkan itu semula BESERTA DENGAN RIBA! Maknanya katakan setelah Bank menerima semula wang kertas yang dipinjamkan termasuk riba dengan jumlah sebanyak 15 juta, mereka akan mencetak 150 juta ("terima kasih" kepada sistem riba terhebat Fractional Reserve Banking) wang bernombor untuk disebarkan semula. Boleh anda nampak sistem penghambaan manusia dengan cara membebankan mereka dengan hutang tak berkesudahan ini?

Kenapa kita terlepas pandang? Ianya kerana sistem riba ini telah tercipta semenjak zaman Nabi Isa! Diceritakan bahawa orang yahudi di zaman tersebut membayar cukai kuil mereka menggunakan syiling perak dipanggil shekelshekel. Oleh kerana permintaan untuk syiling tersebut mengatasi jumlah syiling yang ada, pedagang syiling tersebut menjual syiling itu dengan nilai yang begitu tinggi hingga menyebabkan Nabi Isa begitu marah. Jadi, sistem riba yang mencengkam hampir keseluruhan dunia ketika ini adalah hasil pembaikpulih sistem riba sejak beribu tahun dahulu. Kini sistem riba ini dilunakkan dengan nama-nama yang pelik beserta huraian-huraian yang panjang meleret untuk mengaburi niat dan keadaan sebenar sistem kewangan itu.

Secara ringkas, wang kertas (kononnya) mewakili nilai emas manakala Dinar emas adalah emas. Mana yang patut kita pilih?