Tuesday, December 10, 2013

Projek Peribadi: Al-Quran versi EPUB untuk dimuatturun.

Bismillah,

Syukur kepada Allah, Tuhan sekelian alam. Saya telah berjaya menyiapkan Al-Quran versi Epub. Antara kelebihan versi Epub ini adalah.

- Saiz file yang kecil.
- Ada font KFGQPC Uthman Taha Naskh yang embedded.
- Table of Content mengikut juzuk serta nama surah.
- Susunan Al-Quran mengikut juzuk (30).
- Reflowable content, maknanya tak kira apa saiz gajet anda, text akan reflow. Boleh juga besar/kecikkan saiz font ikut kesesuaian.

Perlu diingat ada banyak EPUB Reader di luar sana, ada yang boleh display RTL/Arabic font correctly dan banyak yang tak. Ada juga yang boleh baca embedded font dan ada yang tak. Antara yang diketahui:

Adobe Digital Edition: Tak support Arabic / RTL.
Moon Reader (Android): Tak support Epub's Embedded Font. Fallback font digunakan.

Jadi sila download, dan cuba.

Kalau ingin menyumbang, sila emailkan kesalahan salinan yang ada dalam tu, itu sumbangan yang paling dihargai. Juga kalau ada cadangan improvements adalah dialu-alukan. Sila emailkan kepada:


alsemo [at] gmail [dot] com

Sebagai manusia biasa, saya pasti akan berbuat kesilapan. Dan setiap kesilapan saya dalam salinan Al-Quran versi Epub ini akan saya betulkan secepat yang mungkin. Oleh kerana itu, sekiranya saya memuatnaik versi terbaharu, sila muatturun versi yang terbaharu tersebut dan delete versi yang lama.

Sila juga berikan info mengenai jenis gajet dan software yang anda guna untuk membaca Al-Quran versi Epub ini sebagai rujukan saya.

Semoga bermanfaat. Terima kasih kerana download.

Al-Quran.epub (ini yang anda perlukan):

https://drive.google.com/open?id=1WzYXYDhRmw_wb8Aga2NfpSHJDM2giP2l

Al-Quran.epub.md5 (ini untuk check samada file atas tu corrupted ke tak lepas download):
https://drive.google.com/file/d/0B1vF14dBHI92MEZqUE1GV2VwNEE/edit?usp=sharing

No comments:

Post a Comment