Sunday, October 14, 2012

Bug Out: Salah satu persediaan menghadapi bencana.

Dalam keadaan dunia yang tidak stabil sekarang ini, di mana sesebuah negara yang damai boleh bertukar menjadi medan perang dalam sekelip mata, bagaimanakah kita dapat meneruskan kehidupan tanpa memikirkan rancangan tempoh singkat? Ada rakan-rakan yang sedang mengumpulkan bekalan makanan yang disimpan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan dan diletakkan di 2 atau lebih tempat berasingan.

Itu adalah salah satu persediaan bagi menghadapi pelbagai kemungkinan bencana. Tak kira peperangan, bencana alam dan sebagainya. Penyimpanan bekalan makanan adalah antara ramuan penting persediaan menghadapi tempoh sukar tatkala bencana menimpa. Akan tetapi, antara langkah yang tidak kurang penting adalah meloloskan diri dari kawasan bencana ataupun lebih dikenali dengan istilah "Bug Out".

Ada kalanya berkubu di satu-satu tempat bukanlah rancangan yang sesuai. Ini bergantung kepada tahap swakekal (self-sustaining), keselamatan dan situasi bencana yang dihadapi. Dalam contoh bencana yang melibatkan alam semulajadi seperti banjir, kebakaran hutan, gempa bumi dan sebagainya, tinggal di kawasan yang diliputi oleh bencana tersebut hanya akan meningkatkan risiko terdedah kepada bencana yang berlaku. Juga sekiranya terjadi peperangan, andai kata tempat di mana kita berkubu adalah dalam lingkungan kawasan konflik, akan ada risiko kawasan persembunyian kita itu akan digeledah malah mungkin terdedah kepada bahaya jerangkap samar, periuk api dan sebagainya.

Ini adalah keadaan-keadaan yang perlu diambil kira dalam rancangan untuk kelansungan hidup. Oleh itu usaha untuk keluar dari lingkungan kawasan bencana perlu diambil kira. Kebolehan untuk bergerak ketika bencana juga akan memberi keupayaan bagi kita untuk mencari bekalan yang diperlukan seperti air dan makanan.

Motorhome, campervan atau RV (Recreational Vehicle) mungkin adalah antara istilah yang jarang kita dengar. Mungkin juga istilah yang kurang menarik minat jika dibandingkan dengan istilah-istilah kereta mewah and motosikal berkuasa tinggi. Tidak seperti di negara kita Malaysia, motorhome adalah salah satu cara hidup yang digemari di benua Amerika Utara, Eropah, Australia dan New Zealand. Carian "Motorhome" menggunakan enjin pencari seperti Google akan dapat memberi gambaran mengenai jenis kenderaan bercirikan motorhome ini. Antara kenderaan motorhome yang menarik minat saya adalah http://isuzu-elf-motorhome.jigsy.com/four-wheel-drive-elf-motorohomes-for-sale menggunakan Isuzu.

Sudah pasti kelihatan jelas hubungkait penulisan saya kali ini. Saya akan ulas lagi mengenai ini nanti.

4 comments:

  1. Mak aihhhh.... Dah dekat setahun berlalu baru nak menulis kembali bro?

    Anyway, welcome back and please update at least once a month.

    ReplyDelete
  2. Haha. Ingat nak menulis pasal Syria, tapi nampaknya kena tunggu dan lihat sebab mungkin kecondongan dalam situasi Libya pun mungkin saya tersilap.

    Tq. Masih menulis tapi blog lain hehe.

    ReplyDelete
  3. Well, we're running out of time Karl. It's already November and it's just 5 months away from PRU13. The corona mass ejection is happening next month and so does the Earth and sun alignment with the Milky Way. The dead are piling up in the middle east and human sacrifices are performed more than ever.

    Our race need as much helps it can get. Some bloggers are trying hard to change the course of history as it approaches but Bloggers cum parents like us ought to tell the masses on how to survive if the that attempt failed. I'm doing both of it in my blog and I hope you can publish more about how to prep for the days of upheaval.

    ReplyDelete
  4. AD,

    TQ kerana mengingatkan. Saya pun terkesan dengan post awak mengenai Doomsday Prepper tu. Boleh dikatakan bahawa post saya ini (dan mungkin di masa hadapan insyaAllah) akan lebih berkaitan dengan persediaan-persedian menghadapi bencana mengikut kacamata saya.

    Your post on Doomsday Prepper is really contagious. In a good way. Thanks bro!

    ReplyDelete